KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Pemberi Maklumat (Pindaan) 2025 yang antara lain bertujuan menubuhkan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat, dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Khamis.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, yang membentangkan RUU itu berkata, bacaan kedua dibuat pada sidang Parlimen akan datang.