Adidas umum buang 500 pekerja

Iklan
Sebuah papan tanda Adidas kelihatan di luar salah satu cawangannya di Chicago. Foto AFP

FRANKFURT - Syarikat sukan gergasi, Adidas, mengumumkan langkah drastik untuk mengurangkan 500 pekerja sebagai sebahagian daripada usaha menstruktur semula operasinya.

Keputusan ini dibuat selepas perpisahan kontroversi dengan penyanyi rap Amerika Syarikat, Kanye West, yang menjejaskan jenama tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Adidas, Bjorn Gulden, pengurangan tenaga kerja ini akan melibatkan kakitangan di ibu pejabat Herzogenaurach, Jerman dan akan dilaksanakan secara sukarela.

Tambahnya, keputusan ini sebahagian daripada strategi syarikat untuk meningkatkan kecekapan operasi serta menyesuaikan diri dengan perubahan dalam pasaran global.

Iklan

Gulden mengambil alih kepimpinan Adidas pada tahun 2023, ketika syarikat itu bergelut dengan krisis akibat penamatan kontrak bersama Kanye West atau Ye susulan kenyataan anti-Semitik yang dikeluarkan oleh artis berkenaan.

Sejak itu, Adidas telah mengambil langkah untuk menjual stok sedia ada kasut Yeezy bagi mengurangkan kerugian.

Iklan

Adidas masih berdepan cabaran global, termasuk potensi tarif baharu yang bakal dikenakan oleh Amerika Syarikat. - AFP