Mayat lelaki dibunuh ditemukan dibungkus dengan tikar

Iklan
Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan dibungkus dengan tikar di rumahnya. Gambar hiasan

BEKASI, JAWA BARAT – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan mengerikan di rumahnya di Jalan Nusa Penida, Bekasi Timur, Kota Bekasi pada Rabu.

Mangsa, dikenali sebagai Maw, 40, ditemui dalam keadaan sudah mereput dan dibungkus dalam tikar, dipercayai menjadi mangsa pembunuhan.

Iklan
Iklan

Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat (Kabid Humas) Polda Metro Jaya, Kombes Pol Ade Ary Syam Indradi berkata, pihaknya mengesyaki mangsa dibunuh berdasarkan keadaan mayat ketika ditemui.

"Korban dipercayai meninggal dunia akibat dibunuh," katanya kepada media pada Rabu.

Iklan

Mayat Maw ditemui selepas seorang kenalannya yang berasa curiga kerana sudah lama tidak menerima khabar daripadanya.

Hasil siasatan polis, kenalannya itu cuba menghubungi Maw melalui WhatsApp tetapi tidak mendapat sebarang respons. Dia kemudian mengajak seorang lagi rakannya untuk pergi ke rumah mangsa.

Iklan

Beberapa kali panggilan dan ketukan di pintu tidak bersahut, menyebabkan mereka nekad masuk melalui tingkap sebelum menemui mayat mangsa.

"Mangsa ditemui di bilik belakang dibungkus dalam gulungan tikar dengan hanya bahagian kaki yang kelihatan," katanya.

Polis kini giat memburu suspek yang terlibat dalam kejadian itu. - LIPUTAN 6