Maut ketika cas telefon bimbit berhampiran minyak petrol

Iklan
Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun maut dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Tengganau, Pinggir, Bengkalis, Riau, pada Ahad lalu. Foto Agensi

BENGKALIS – Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun maut dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Tengganau, Pinggir, Bengkalis, Riau, pada Ahad lalu.

Media tempatan melaporkan, kejadian berlaku sekitar jam 5.30 petang waktu tempatan itu dipercayai berpunca daripada telefon bimbit yang sedang dicas berhampiran tong petrol disimpan di bawah katil mangsa.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Pinggir, Superintenden Nursyafniati berkata, siasatan awal mendapati mangsa dikenali sebagai Y sedang berbaring di atas katil sambil menggunakan telefon bimbit semasa kejadian.

"Di bawah katil mangsa terdapat satu tong petrol digunakan untuk perniagaan ibunya. Ibu mangsa menjalankan perniagaan makanan dan turut menjual petrol secara kecil-kecilan," katanya kepada wartawan pada Selasa.

Iklan

Menurutnya, ketika kejadian, ibu mangsa, Siti Naisa, 54, sedang berbual dengan seorang jiran, Listiani Simamora, 35, di beranda rumah sebelum mereka terdengar letupan kuat dari dalam bilik mangsa.

Tidak lama kemudian, mereka mendengar jeritan mangsa meminta tolong.

Iklan

Siti bergegas masuk ke dalam rumah, namun sebaik sahaja pintu dibuka, api sudah marak dan membakar tubuh anaknya.

"Ibunya cuba menarik tangan mangsa untuk menyelamatkannya, tetapi gagal kerana api terlalu marak. Akibatnya, tangan dan wajah ibu mangsa turut melecur," jelasnya.

Siti segera meminta bantuan jiran, dan beberapa penduduk cuba membantu memadamkan api namun, api merebak dengan pantas kerana rumah tersebut diperbuat daripada papan.

Pasukan bomba dan anggota polis yang tiba di lokasi mengambil masa hampir sejam untuk mengawal kebakaran bagaimanapun, mangsa ditemui dalam keadaan rentung.

Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Daerah Mandau untuk tindakan lanjut.

"Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada percikan arus elektrik ketika mangsa menggunakan telefon bimbit yang sedang dicas. Minyak petrol berada di bawah katil menyebabkan api merebak dengan pantas,” kata Nursyafniati.

Setakat ini, jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan kerana ibu mangsa masih dalam keadaan trauma. - Agensi