Kestabilan politik, perpaduan perlu dikekalkan di Sabah - Hajiji

Iklan
Hajiji ketika beramah mesra dengan penduduk pada Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Menteri di pekarangan Masjid Jamek Kampung Taun Gusi, Kota Belud.

KOTA BELUD - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu kestabilan politik dan perpaduan di negeri ini dikekalkan kerana ia mampu membawa kemajuan kepada Sabah.

Beliau berkata, banyak kejayaan dan inisiatif yang laksanakan kerajaan hari ini namun tidak pernah dilakukan oleh kerajaan sebelumnya.

Iklan
Iklan

"Tiada siapa boleh menafikan bahawa sejak kita mengambil alih kerajaan, banyak kejayaan kita capai daripada pelbagai inisiatif yang dilaksanakan.

"Dari aspek ekonomi hinggalah kepada kesejahteraan rakyat dan pendidikan, telah banyak kita buat. Malah, dasar mesra pelabur telah mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan.

Iklan

"Oleh itu, jika ada perpaduan dan kestabilan politik, kita dapat memajukan negeri ini. Sebab itu ia penting dan saya melihat bukan hanya masyarakat Bajausama atau yang beragama Islam saja hadir pada majlis ini, tetapi juga turut dihadiri masyarakat lain termasuk ketua-ketua gereja di Kota Belud," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Menteri di Pekarangan Masjid Jamek Kampung Taun Gusi, di sini pada Rabu.

Iklan

Tambah beliau, kejayaan dan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan itu perlu terus diuar-uarkan agar lebih ramai rakyat di peringkat akar umbi tahu usaha yang dibuat kerajaan.

"Saya mahu cakap ini (kejayaan hasil inisiatif kerajaan) kerana mungkin ada yang tidak maklum dengan usaha-usaha kita.

"Ini kerana pembangkang sangat suka memfitnah dan cakap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) gagal,” katanya.

Pada majlis itu, Hajiji turut melakukan gimik pelancaran Geran Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (Pantas) Mukim Rosok dan Mukim Keguraan.

Selain itu, beliau turut menyerahkan geran tanah kepada 55 penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri Tempasuk.

Sebanyak 16 kampung yang terlibat dalam menerima geran ini dengan jumlah keseluruhan kawasan tanah seluas 1,559.8165 hektar.