RUU Perkhidmatan Bomba beri akses PBS terima sumber, kepakaran JBPM - Kor Ming
Iklan
Kor Ming pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara pada Rabu. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 yang diluluskan Dewan Rakyat pada Rabu akan membolehkan Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) menerima akses kepada sumber dan kepakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, PBS itu juga akan dapat memanfaatkan sumber peralatan dan kepakaran yang dimiliki oleh JBPM, termasuk kerjasama dalam operasi khas dan latihan lanjutan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, pihaknya juga turut meningkatkan elaun bagi PBS di seluruh negara sebanyak RM5,000 setahun dengan jumlah peruntukan lebih RM3 juta, bagi mengiktiraf jasa ‘Wira Merah’ negara.
"Kerajaan Madani akan terus berusaha untuk memberikan, menambahkan kebajikan dan pengiktirafan motivasi kepada semua bomba sukarelawan yang berdaftar dengan JBPM,” katanya ketika menggulung perbahasan RUU Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 di Dewan Rakyat.
Iklan
RUU itu diluluskan dengan lebih banyak suara bersetuju selepas dibahas 19 ahli Parlimen.
Terdahulu, ketika membentangkan RUU berkenaan untuk bacaan kali kedua, Kor Ming berkata, pindaan itu antara lain termasuk memperuntukkan satu seksyen baharu bagi mengelakkan imej JBPM disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab melalui kegiatan penyamaran sebagai pegawai bomba bagi tujuan penipuan (scammer).
Iklan
"Sekarang ini banyak sangat scammer di luar sana, jadi di Fasal 14 kita masukkan seksyen baharu iaitu 50a ke dalam Akta 341 bagi kesalahan penyamaran sebagai pegawai bomba, pegawai bomba bantuan dan pegawai bomba sukarela.
"Pindaan juga melibatkan Seksyen 53 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan memakai apa-apa pakaian seragam atau apa-apa pakaian yang mempunyai tanda khas JBPM tanpa kebenaran Ketua Pengarah oleh mana-mana orang yang bukan pegawai bomba sukarela,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>