'Lucunya, tiba-tiba Pemuda UMNO jadi wira rakyat' - Pemuda Amanah
Iklan
Hazmi
SHAH ALAM - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional menyifatkan kenyataan Pemuda UMNO yang begitu bersemangat menuding jari kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu kononnya beliau menambah kesusahan rakyat berhubung isu beras tempatan sebagai melucukan.
Naib Ketua Pemuda Amanah, Hazmi Hassan atau lebih dikenali sebagai Jeming berkata, Pemuda UMNO dilihat menunjukkan 'keprihatinan' yang tiba-tiba dan berubah menjadi wira rakyat dalam memperjuangkan perkara berkenaan.
Iklan
Iklan
"Lucunya, apabila berbicara soal monopoli Padiberas Nasional Berhad (Bernas), tiba-tiba Pemuda Umno jadi wira rakyat. Ini setelah siapa memanjangkan konsesi Bernas sampai 2031? Tidakkah itu kerajaan waktu kamu?
"Siapa tidur lena ketika puluhan tahun rakyat terpaksa bergantung kepada sistem lama yang kamu pertahankan dahulu?
Iklan
"Dalam bahasa mudah, janganlah hari ini datang menjerit api kalau semalam kamu sendiri yang simbah minyak. Pada waktu kamu sakan simbah minyak dahulu, tiada sekelumit kenyataan daripada Pemuda UMNO menentang penyambungan konsesi monopoli itu," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Sebelum ini, media melaporkan, Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Zuhir Ghazali sekali lagi menghidupkan semula cadangan untuk memecahkan monopoli yang dipegang oleh Bernas.
Iklan
Beliau turut menggesa Mohamad bertanggungjawab kerana ia melibatkan sebahagian besar rakyat negara ini.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh juga menyarankan supaya pesawah diberi kebenaran untuk memproses dan menjual hasil padi secara terus kepada pengguna bagi mengelakkan golongan petualang semakin menekan serta terus-menerus menipu rakyat.
Ketua Pemuda UMNO tersebut memaklumkan, cadangan sedemikian wajar dipertimbangkan, malah komuniti pesawah juga perlu diperkasakan menerusi koperasi atau persatuan peladang sedia ada.
Susulan itu, Hazmi menegaskan, Mohamad bukan hanya menjelaskan fakta sejarah mengenai dasar beras negara, tetapi juga memimpin usaha pembetulan.
Justeru, menurut beliau, buat masa sekarang Kerajaan Madani sedang mengukuhkan pengeluaran beras tempatan, menyalurkan subsidi RM150 juta untuk kestabilan bekalan, memperkemas pengedaran agar ia kembali meluas di pasaran serta menggabungkan jentera penguatkuasaan kerajaan rentas agensi.
"Usaha ini bukan kerja sehari dua mahupun gimik media atau pentas drama politik. Adakah cukup? Belum. Adakah mudah, tidak.
"Tetapi, ini kerja yang Pemuda Amanah percaya perlu diteruskan bukan dengan retorik kosong, tetapi melalui dasar berani dan penyelesaian jangka panjang," ujarnya lagi.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.