Sembilan termasuk seorang wanita ditahan kes pecah rumah, curi kabel

Iklan
Kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan air kencing mereka turut positif dadah. Foto hiasan

KUCHING - Polis Sarawak menahan sembilan lelaki dan seorang wanita disyaki terlibat kes pecah rumah, curi kabel dan memiliki senjata berbahaya di sekitar bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kesemua suspek dalam tiga kes berasingan itu merupakan warga tempatan yang berusia 18 hingga 50 tahun dan turut mempunyai rekod jenayah lampau, selain saringan air kencing mereka turut positif dadah.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, tangkapan pertama melibatkan dua lelaki disyaki terlibat dengan jenayah pecah rumah di kawasan Tabuan Jaya yang mengakibatkan kerugian berjumlah RM20,000.

"Kes kedua melibatkan penangkapan dua lelaki dan seorang wanita di Jalan Laman Cenderawasih atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta memiliki peralatan disyaki untuk kegunaan pecah rumah.

Iklan

"Turut dirampas kereta jenis Proton Saga yang menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Farhan berkata, tangkapan ketiga melibatkan empat lelaki di Kampung Gita atas kesalahan memiliki senjata berbahaya seperti senapang angin buatan sendiri dan pelbagai peralatan disyaki untuk kegiatan curi kabel.

Iklan

Beliau berkata, kesemua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960. - Bernama