JKM cari ibu tiga beradik hilang sejak enam tahun lalu

Iklan
JKM sedang mengesan ibu kepada tiga beradik ini yang ditinggalkan sejak enam tahun lalu.

KUALA SELANGOR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Selangor sedang mencari ibu kepada tiga beradik yang kini berada dalam jagaan sementara selepas wanita itu gagal dikesan sejak enam tahun lalu.

Pelindung Kanak-Kanak, Munira Abd Aziz berkata, ibu mereka, Noradiana Rosdi, 33, dicari bagi menyelesaikan urusan penempatan tetap kanak-kanak terbabit.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tiga beradik itu ialah Siti Nur Aidiani 13, Siti Nur Arjuna, 12, dan Nur Fatehah berusia lapan tahun.

"Kesemua mereka kini ditempatkan di institusi JKM sehingga 26 Mac ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Sehubungan itu, Munira merayu orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan ibu kanak-kanak terbabit diminta tampil memberi kerjasama kepada JKM untuk tindakan lanjut.

"Maklumat ini penting bagi memastikan kebajikan kanak-kanak terjamin dan urusan penempatan mereka dapat diselesaikan dengan sewajarnya," tambah beliau.

Iklan

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Bahagian Kanak-Kanak di JKM Daerah Kuala Selangor di talian 03-3289 1495.