KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia Madani (MTMM) yang pertama bagi tahun 2025, yang berperanan menetapkan dasar serta hala tuju pelaksanaan agenda Malaysia Madani.
Anwar berkata, MTMM merupakan forum tertinggi yang membincangkan pelbagai isu berkaitan pelaksanaan dasar kerajaan, selain membuat keputusan berhubung pengukuhan serta penambahbaikan dalam tadbir urus Kerajaan Madani.