Malaysia lakar sejarah, jalin kerjasama dengan gergasi cip UK

Iklan
Tunku Nashrul

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan kerjasama strategik dengan sebuah syarikat pereka seni bina cip terbesar di dunia yang bakal mengubah landskap kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor negara.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, pemeteraian kerjasama dengan syarikat berpangkalan di United Kingdom (UK) itu bakal melakar sejarah baharu negara dalam industri teknologi global.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, kolaborasi tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Madani melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kementerian Kewangan, dan Kementerian Ekonomi.

"Perdana Menteri melihat kerjasama itu sebagai langkah strategik untuk memperkukuh ekosistem teknologi negara, sekali gus meletakkan negara sebagai pemain utama dalam arena teknologi global.

Iklan

"Dengan termeterainya perjanjian kerjasama ini, Malaysia mendahului negara lain sebagai rakan ekosistem teknologi pertama bagi syarikat ini, menjadikannya hab utama di ASEAN,” katanya menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia, pada Rabu.

Menurut Tunku Nashrul, Malaysia juga menjadi negara pertama di rantau Asia Tenggara di mana syarikat berkenaan akan membuka pejabatnya.

Iklan


PM pengerusi mesyuarat khas negeri, tekad tamatkan kemiskinan tegar

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan bersama pimpinan utama kerajaan negeri dan agensi terlibat pada minggu depan.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Menteri Kewangan itu telah menetapkan bahawa agenda menoktahkan kemiskinan tegar kekal sebagai keutamaan tertinggi beliau dalam perbincangan tersebut.

Ujarnya, Anwar juga turun ke negeri-negeri bagi menghadiri penganjuran Majlis Berbuka Puasa Madani.

"Sejak agenda kemiskinan tegar diumumkan dalam Belanjawan 2023, beliau telah menggerakkan semua Setiausaha Politik ke negeri-negeri bagi memastikan gerak kerja serta bantuan disalurkan secara tersusun kepada kumpulan miskin tegar.

Usaha ini merangkumi peningkatan pendapatan golongan sasar, menyediakan peluang pekerjaan, akses lebih baik kepada pendidikan, kesihatan, dan perumahan, serta memperbaiki taraf hidup dan kesejahteraan isi rumah miskin,” katanya menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia, pada Rabu.

Menurut Tunku Nashrul, beberapa negeri telah berjaya mencapai sifat miskin tegar pada tahun lalu termasuk Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis.

"Insya-ALLAH kejayaan ini akan diperluas ke negeri-negeri lain,” ujarnya.

Katanya, peluncuran kerjasama tersebut membolehkan syarikat tempatan memanfaatkan teknologi dan kepakaran dalam bidang semikonduktor serta melatih tenaga mahir tempatan.

"Ia akan mempercepatkan pertumbuhan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan memperkukuh daya saing industri teknologi negara.

"Peluncuran dan pemeteraian kerjasama strategik ini juga menjadi bukti kepercayaan pelabur-pelabur dunia terhadap dasar Kerajaan Madani dan terus melaksanakan kerjasama bernilai tinggi dengan Malaysia,” ujarnya.