Usahawan Ramadan
Iklan
Setiap kali Ramadan cukup teruja melihat anak bangsa berlumba-lumba mempamerkan semangat keusahawanan masing-masing. Gambar hiasan Bernama
HARI pertama Ramadan. Saya meninggalkan bazar dengan berjalan senget sebelah kiri.
Di semua jari tangan kiri tergantung plastik berisi juadah berbuka. Macam-macam ada. Tepung pelita, karipap, kuih lapis, cucur badak, ketayap, kek batik, ondeh-ondeh, nasi beriani, mihun sup, rojak, kebab dan banyak lagi.