Isu tarif naik: China mulakan tindakan undang-undang terhadap AS

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan Trump umum tarif barang import China ke Amerika naik.

BEIJING - China telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Amerika Syarikat (AS) di bawah mekanisme penyelesaian pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berhubung kenaikan tarif terbaharu oleh negara itu ke atas produk China, menurut Kementerian Perdagangan pada Selasa, lapor Xinhua.

Kementerian itu berkata, tindakan AS mengenakan tarif secara unilateral melanggar peraturan WTO dan menjejaskan asas kerjasama ekonomi serta perdagangan antara China dan AS.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, China menyuarakan rasa tidak puas hati serta menentang keras langkah berkenaan.

Menurut kementerian itu, China akan mempertahankan hak dan kepentingannya yang sah selaras dengan peraturan WTO serta mempertahankan sistem perdagangan pelbagai hala dan orde ekonomi serta perdagangan antarabangsa.

Iklan

AS sebelum ini mengumumkan pelaksanaan tarif tambahan sebanyak 10 peratus ke atas produk yang diimport dari China berkuat kuasa 4 Mac.

Langkah ini susulan pengenaan tarif tambahan 10 peratus oleh AS ke atas produk China pada Februari tahun ini. - Bernama- Xinhua

Iklan