Harga makanan di Gaza melonjak lebih 100 kali ganda - PBB

Iklan
Peniaga di tepi jalan kembali menjual pelbagai barangan termasuk bahan masakan di pasar lama Zawiya di Bandar Gaza.

HAMILTON - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin mendedahkan penutupan lintasan Kerem Shalom, Erez dan Zikim untuk kargo menyebabkan harga makanan di seluruh Semenanjung Gaza melonjak lebih 100 kali ganda, lapor Anadolu Ajansi.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric, berkata dalam satu sidang media,"Rakan kongsi kemanusiaan kami memberitahu bahawa selepas penutupan lintasan ke Gaza semalam, harga tepung dan sayur-sayuran meningkat lebih 100 kali ganda."

Iklan
Iklan

Dujarric turut memaklumkan bahawa lebih 100 sekolah awam telah dibuka semula di seluruh Gaza, yang menempatkan kira-kira 100,000 pelajar.

Beliau juga menekankan bahawa banyak pencapaian dapat dilihat sejak gencatan senjata termasuk aliran bantuan, pembukaan sekolah, penghantaran khemah dan pembebasan tawanan serta tahanan.

Iklan

"Terlalu banyak pencapaian. Mari teruskan," katanya.

Apabila ditanya mengenai kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang mendakwa alasan pemberhentian bantuan disebabkan oleh Hamas menjualnya, Dujarric menjelaskan,"Tiada laporan sedemikian diterima dari rakan-rakan kami di lapangan."

Iklan

Sejak Oktober 2023, lebih 48,300 rakyat Palestin terbunuh manakala lebih 111,000 lagi cedera akibat serangan Israel yang kejam ke atas Gaza.

Serangan terbabit memusnahkan wilayah itu, dihentikan dengan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan pada 19 Januari.

Namun, pada Ahad, Israel menghentikan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza, beberapa jam selepas tamatnya fasa pertama perjanjian gencatan senjata. - Bernama