Menilai semula kesediaan PERKESO perkenal skim patuh shariah
Iklan
Untuk memenuhi aspirasi pencarum yang pelbagai dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju kewangan Islam, PERKESO tidak boleh lagi berpegang kepada model perlindungan konvensional semata-mata. - Gambar hiasan
PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (PERKESO), sebagai benteng perlindungan sosial pekerja di Malaysia, memainkan peranan kritikal dalam menjamin kebajikan pekerja.
Namun, seruan untuk menyediakan pilihan skim perlindungan berlandaskan prinsip Takaful, sebagai alternatif kepada skim konvensional sedia ada, semakin lantang kedengaran.