Ayam golek RM1 kena serbu, habis kurang sejam
Iklan
Sebanyak 300 ekor ayam bakar habis dijual dalam tempoh tidak sampai satu jam sejak mula dijual pada jam 3.30 petang. - Foto Awani
ALOR SETAR - Restoran Terubuk Bakar di Jalan Langgar mencipta fenomena apabila ayam bakar dijual pada harga RM1 habis dalam masa kurang dari sejam pada Ahad.
Pemilik restoran, Mohamad Amri Mhd Shukri, 29, berkata, promosi ini diadakan pada hari pertama puasa untuk menarik pengunjung ke bazar Ramadan yang dibuka sepanjang bulan tersebut.
Iklan
Iklan
"Saya tidak menyangka orang ramai sanggup beratur seawal jam 2 petang untuk membeli ayam pada harga RM1. Sebanyak 300 ekor ayam bakar habis dijual dalam tempoh tidak sampai satu jam sejak mula dijual pada jam 3.30 petang. Setiap seorang dibenarkan membeli seekor sahaja," katanya.
Mohamad Amri menjelaskan bahawa jualan ayam bakar pada harga RM1 ini adalah hasil daripada infak individu tertentu dan juga sebagai promosi perniagaan.
Iklan
Beliau turut mengalu-alukan infak orang ramai untuk meneruskan program jualan sedemikian sepanjang Ramadan.
Menurutnya, tindakan menjual ayam bakar pada harga RM1 ini bertujuan mempromosikan bazar Ramadan yang menempatkan 77 gerai di sekeliling kedainya.
Iklan
Mohamad Amri yang sudah berniaga di bazar tersebut sejak tahun lalu, berharap inisiatif ini dapat meningkatkan sambutan orang ramai.
Pada hari biasa, ayam bakar di restoran ini dijual pada harga RM21 seekor. - Awani
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>