Peniaga terpaksa naikkan harga ayam percik

Iklan
Nabila menyusun ayam percik yang dijual di bazar Ramadan Mahkota Square, Kuantan pada Ahad.

KUANTAN – Harga santan yang semakin mahal memaksa peniaga bazar Ramadan menaikkan harga ayam percik bagi menampung kos bahan mentah.

Peniaga, Nabila Cik Soh, 30, berkata, perubahan harga bahan mentah seperti ayam segar dan santan pekat memberi kesan besar kepada kos operasi mereka.

Iklan
Iklan

"Santan yang sebelum ini berharga RM12 sekilogram kini mencecah RM20 hingga RM22, sementara harga ayam segar turut meningkat.

"Bila semua kos meningkat berganda, kami sebagai peniaga tiada pilihan selain menaikkan harga jualan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Bazar Ramadan Mahkota Square pada petang Ahad.

Iklan

Nabila memaklumkan bahawa meskipun harga ayam percik dinaikkan, saiz ayam percik yang dijual tetap sama.

"Macam kepak ayam percik, saya jual RM6 seketul, manakala paha pula sekitar RM8.

Iklan

"Bagi saya, apa yang paling penting adalah menjaga kepuasan hati pelanggan ” ujarnya.

Selain ayam percik, Nabila turut menjual pais patin dan ikan tilapia yang mendapat permintaan tinggi di bazar Ramadan.

"Pais patin kepala dijual pada harga RM14, manakala satu set pais patin berharga RM10,” katanya.