Kucing dan kehidupan orang Jepun
Iklan
Dalam kehidupan masyarakat Jepun, kucing bukan sekadar haiwan peliharaan di rumah, tetapi sebahagian daripada cara hidup dan budaya masyarakat mereka. Foto hiasan 123RF
KUCING sememangnya dekat dengan kehidupan seharian kita. Kucing merupakan sejenis haiwan yang mempunyai sifat yang manja, lucu dan sesuai dijadikan haiwan peliharaan.
Kucing juga dikatakan sering dikaitkan dengan 'murah rezeki' dan juga dikatakan dapat menyerap energi negatif seperti sihir dan juga tekanan selepas penat bekerja.