Puasa pertama tanpa ibu, Zarina Zainuddin usahakan juadah sahur buat Sky

Iklan
Zarina Zainuddin.(kiri), Tangkap layar siaran langsung Instagram Zarina ketika Sky (kanan) dan Ridzuan (kiri) sedang menjamah hidangan sahur yang disediakan oleh pelakon itu.

PELAKON Zarina Zainuddin berusaha menyediakan hidangan Jepun buat anak usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura, Sky Taizo Okumura, yang pertama kali menyambut Ramadan tanpa ibunya.

Zarina, 55, berkata, biarpun tidak dapat menyediakan hidangan sahur seperti air tangan Allahyarham Akiko Okumura, dia tetap berusaha mendapatkan juadah yang hampir sama.

Iklan
Iklan

"Sky, saya tidak tahu bagaimana untuk menyediakan hidangan seperti ibu awak tetapi saya berusaha mencari sushi semalam.

"Juadah itu seakan-akan hidangan yang biasa disediakan Akiko," katanya menerusi siaran langsung di Instagram pada Ahad.

Iklan

Dalam siaran langsung berdurasi 36 minit itu, Zarina dilihat bersahur bersama Sky dan Ridzuan.

Reaksi sebak Sky mengundang rasa hiba dalam kalangan warganet yang turut meluahkan rasa simpati terhadap remaja berusia 13 tahun itu.

Iklan
Ridzuan Ridzokumura (kiri), Akiko Okumura

Terdahulu, Ridzuan memaklumkan isterinya meninggal dunia pada Jumaat, namun tidak mendedahkan punca kematian.

Jenazah Allahyarham Akiko selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya pada Sabtu.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial berkata, dia memahami kesedihan Sky yang kehilangan insan tersayang dalam hidupnya.

"Sedih tengok Sky, mesti susah untuk dia menghadapi hari-hari mendatang. Rindu yang menyakitkan, semoga diberi kekuatan luar biasa,” katanya.

Sebilangan netizen turut meluahkan rasa syukur dan memuji kesediaan Zarina menemani mereka ketika bersahur.

"Syukur kak ina (Zarina) ada menemani mereka. Selamat berpuasa,” ujarnya.

Pengarah, Shahrulezad Mohameddin yang terkenal dengan drama Nur turut mendoakan agar Ridzuan dan anaknya diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian seberat itu.

"Semoga ALLAH mengurniakan ketenangan dan rahmat buat mereka berdua. InsyaALLAH isteri dan ibu Sky kini berada di bawah lindungan-Nya,” katanya di ruangan komen.

Dalam pada itu, Ridzuan memaklumkan dia dan anaknya masih menetap di rumah Zarina dan tidak pulang ke kediaman mereka sejak pemergian isterinya, tiga hari lalu.

Menurutnya, emosi Sky masih belum stabil dan anaknya kerap menangis terutama apabila dikunjungi kenalan rapat keluarga mereka.

Dalam hantaran di Instagram, Ridzuan turut memohon doa orang ramai agar dia dan anaknya diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan tersebut.

Ridzuan mendirikan rumah tangga bersama wanita kelahiran Jepun iaitu Akiko pada Februari 2009 dan dikurniakan seorang anak lelaki.