LEMBAGA Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) pada Sabtu mengumumkan kelulusan peraturan baharu bagi menangani tindakan membuang masa oleh penjaga gol, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-139 di Belfast, Ireland Utara, IFAB sebulat suara bersetuju untuk meminda peraturan mengenai sepakan percuma tidak terus.