HAMAS menyeru rakyat Palestin untuk pergi ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis dan melaksanakan ibadah serta beriktikaf sepanjang bulan Ramadan.
Dalam satu kenyataan, kumpulan pejuang itu menggesa rakyat Palestin di seluruh Tebing Barat, Baitulmaqdis dan dalam Israel untuk menggerakkan semua usaha bagi mengimarahkan Masjid Al-Aqsa.