NEW DELHI - Empat pekerja maut manakala operasi mencari dan menyelamat masih dilakukan untuk mencari lima lagi selepas kejadian runtuhan salji yang berlaku negeri Uttarakhand, Himalaya, di utara India, lapor Anadolu Ajansi pada Sabtu.
Pihak berkuasa melancarkan operasi menyelamat berskala besar di daerah Chamoli selepas runtuhan salji menimbus lebih 50 pekerja daripada Organisasi Jalan Sempadan pada Jumaat.