Manchester City kekal kedudukan teratas sebagai pasukan paling berharga di dunia

Iklan
Manchester City kekal sebagai pasukan bola sepak paling berharga di dunia. Foto Agensi

MANCHESTER City kekal sebagai pasukan bola sepak paling berharga di dunia, menurut statistik terkini Transfermarkt.

Senarai 10 teratas itu termasuk lima kelab Inggeris bersama City - Arsenal, Liverpool, Chelsea, Tottenham dan Manchester United - bersama-sama dengan Real Madrid dan Barcelona dari Sepanyol, Paris Saint-Germain dari Perancis dan Bayern Munich dari Jerman, lapor agensi berita Emirates (WAM).

Iklan
Iklan

Manchester City mendahului dengan nilai pasaran €1.30 bilion, diikuti oleh Real Madrid (€1.23 bilion), Arsenal (€1.15 bilion), Barcelona (€1.01 bilion) dan Liverpool (€967.50 juta).

Chelsea menduduki tempat keenam (€928.50 juta), PSG ketujuh (€870.50 juta), Bayern Munich kelapan (€856.00 juta), Tottenham kesembilan (€846.10 juta), dan Manchester United di tempat ke-10 (€724.05 juta). - Bernama-WAM

Iklan
Iklan