KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyeru seluruh umat Islam menjauhkan diri daripada segala bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu sempena Ramadan.
Mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam, beliau berharap agar Ramadan kali ini ditempuhi dengan penuh barakah dan kedamaian.