KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar umat Islam di negara ini mengambil kesempatan bulan yang penuh keberkatan itu untuk mengeratkan silaturahim serta membantu golongan memerlukan.