Kerja awalan pembesaran Hospital Pontian selesai - Ahmad Maslan
Iklan
Projek pembesaran Hospital Pontian dinantikan kira-kira 230,000 penduduk.
PONTIAN - Kerja-kerja awalan bagi projek pembesaran Hospital Pontian membabitkan kos RM800,000 telah selesai dijalankan tahun lalu.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kerja-kerja itu melibatkan kajian mengenal pasti tapak cadangan yang sesuai, penilaian kesesuaian tanah, serta reka bentuk bangunan baharu.
Iklan
Iklan
"Tapak terbaru yang dicadangkan termasuk perobohan kuarters kakitangan sedia ada, yang akan digantikan dengan sebuah blok baharu bersama blok bangunan hospital.
"Ini bermaksud terdapat dua blok bangunan baharu, iaitu satu blok untuk kuarters kakitangan dan satu blok hospital yang akan menempatkan 100 buah katil,” katanya ketika ditemui pada Hari Terbuka Parlimen Pontian di Dewan UMNO Pontian pada Sabtu.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan projek pembesaran Hospital Pontian yang pernah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Anwar mengumumkan peruntukan sebanyak RM36.3 bilion untuk sektor kesihatan, termasuk kerja awalan menaik taraf 26 hospital, antaranya Hospital Pontian yang berusia hampir satu abad.
Iklan
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebelum ini dilaporkan berkata, projek pembinaan dua blok bangunan empat tingkat itu akan melibatkan pertambahan 150 katil hospital.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, beliau telah diberikan taklimat oleh Cawangan Kerja Kesihatan (CKK), Kementerian Kerja Raya (KKR), yang disampaikan oleh Ir. Abu Bakar Abd. Aziz mengenai perkembangan projek berkenaan pada minggu lalu.
"Selain itu, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Seri Suraini Ahmad, turut mengutuskan surat kepada saya mengenai perkembangan terkini Hospital Pontian,” tambahnya.
Beliau mengakui kemajuan projek itu agak perlahan dan berharap KKR serta KKM dapat mempercepatkannya kerana ia dinanti-nantikan oleh kira-kira 230,000 penduduk daerah Pontian.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.