SPRM tahan wartawan kerana disyaki minta rasuah RM20,000

Iklan
Tan Sri Azam Baki

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang wartawan sebuah portal tempatan bagi membantu siasatan kes rasuah, pada Jumaat.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, penahanan dibuat di sebuah hotel di Shah Alam kira-kira jam 11 malam.

Iklan
Iklan

"Penahanan dibuat berhubung dakwaan kes rasuah, bukannya mengenai laporan berita pendedahan isu pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Dipercayai wartawan berkenaan meminta sejumlah wang daripada seorang ejen pekerja asing warga Pakistan sejumlah RM20,000 untuk tidak mengeluarkan artikel berhubung isu penyeludupan PATI," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Wartawan lelaki itu kemudian telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Sabtu untuk proses reman.

Seorang wartawan sebuah portal tempatan direman empat hari untuk membantu siasatan kes rasuah.


Wartawan berkenaan kini direman selama empat hari sehingga Selasa untuk disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Iklan