Wanita Jepun maut jatuh kondominium di Subang Jaya

Iklan
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga Jepun maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, dekat sini pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, mangsa berusia 50-an ditemui meninggal dunia dalam keadaan meniarap di atas tanah oleh anggota polis peronda yang ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan MERS 999.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pemeriksaan awal pada tubuh mangsa dan tempat kejadian mendapati tiada sebarang kecederaan daripada perlakuan jenayah.

"Keluarga mangsa telah dimaklumkan dan mayat wanita itu akan diserahkan kepada suaminya,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Wan Azlan berkata, kes disiasat sebagai mati mengejut dan bedah siasat akan dijalankan bagi menentukan punca kematian. - Bernama

Iklan