Persiapan Ramadan

Iklan
Orang ramai membeli barangan mentah seperti daging sebagai persiapan bulan Ramadan yang bakal tiba ketika tinjauan fotoBernama di Pasar Chow Kit hari ini.

Umat Islam di Malaysia dijangka mula menunaikan ibadah puasa pada 2 Mac ini bersamaan dengan 1 Ramadan 1446 Hijrah.

Bagaimana pun tarikh itu tertakluk kepada pengumuman rasmi daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas proses rukyah (melihat anak bulan) hari ini.

Oleh itu, tarikh sebenar permulaan puasa akan diumumkan selepas proses tersebut. Foto: Bernama