MyCC tidak siasat dakwaan kartel beras

Iklan
Iskandar Ismail,

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) tidak menjalankan sebarang siasatan ke atas dakwaan kartel beras ekoran tiada penipuan bidaan dikenal pasti dalam kajian baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Iskandar Ismail berkata, suruhanjaya itu hanya menjalankan kajian am mengenai industri beras dan padi.

Iklan
Iklan

"Di Parlimen, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Armizan Mohd Ali telah menyatakan tidak ada isu atau amalan penipuan bidaan.

"Jadi kami tidak menyiasat mana-mana pihak. Kita hanya buat kajian am,” katanya ketika sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Iklan

Sebelum ini Armizan dalam sesi Dewan Rakyat memberitahu kajian mengenai industri padi dan beras yang dilaksanakan MyCC tidak menemukan sebarang elemen bertentangan dengan undang-undang persaingan sedia ada.

Bagaimanapun beliau berkata, kajian am itu tidak akan dibentangkan di Parlimen.

Iklan

Menurutnya, jika mana-mana ahli Parlimen yang memerlukan taklimat khusus berkaitan laporan berkenaan akan diadakan satu taklimat semasa sesi Parlimen.