Tubuh jawatankuasa siasatan peringkat tertinggi bebas

Iklan
Beras bukan sekadar soal makanan harian semata-mata, tetapi juga berkait rapat dengan kestabilan ekonomi dan keselamatan makanan negara. (Gambar kecil: Aimi Zulhazmi) Foto hiasan

SHAH ALAM - Satu jawatankuasa penyiasatan peringkat tertinggi yang bebas patut diwujudkan bagi menyelesaikan isu penipuan pihak tertentu yang mengambil kesempatan mencampurkan beras putih tempatan dengan import.

Penganalisis ekonomi dari UniKL Business School, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, jawatankuasa itu juga boleh memainkan peranan dengan memberikan cadangan yang tepat kepada kerajaan dalam membuat sebarang perubahan termasuk polisi kerajaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia termasuklah melihat kepada kesesuaian untuk mewujudkan akta baharu atau undang-undang khusus untuk memastikan ia tidak berulang lagi.

"Jadi amat perlu siasatan yang lebih dalam kepada industri ini yang digembar-gemburkan di bawah kelolaan kartel selama berdekad lamanya.

Iklan

"Ia memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhannya dan khasnya kepada para petani, terutamanya yang tinggal di luar bandar. Begitu juga bagi yang menerima bantuan kerajaan bermula dari benih padi, baja, racun dan penetapan harga lantai padi yang baru-baru ini dinaikkan kepada RM1,500 satu tan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Tambah Aimi Zulhazmi, masalah itu perlu diselesaikan secepat mungkin kerana ia memberi kesan kepada kewangan kerajaan, produktiviti para petani dan bekalan makanan rakyat Malaysia.

Iklan

"Kerajaan juga perlu menilai semula semua pemain industri atau menghapuskan kartel yang wujud supaya para petani tidak lagi tertekan dengan harga yang tidak logik,” jelasnya.