KUALA LUMPUR - Faktor kerugian dua syarikat subsidiari Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebanyak RM165 juta berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 1/2025 dalam Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023, disebabkan pembayaran faedah RM136 juta kepada GOVCO Holdings Berhad.
Felda dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerugian itu juga berpunca daripada penjejasan nilai pelaburan dalam syarikat bersekutu akibat penurunan harga pelaburan saham pada 2023 sebanyak RM25 juta berbanding RM38 juta pada tahun sebelumnya.