SEPANG - MISI KEDUA... Seramai 66 individu yang dibawa pulang dari Wuhan, China selamat tiba di negara ini dengan menaiki pesawat khas AirAsia di Unit Kecemasan Udara (ADU), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Pesawat AirAsia dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) yang digerakkan oleh kerajaan Malaysia itu, tiba pada jam 6.50 pagi.