'Angkara kartel, pengilang jadi mangsa'
Iklan
Pengerusi Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM), Mohamad Termizi Yob (kiri), Laporan Muka Depan Sinar Harian berkaitan beras putih tempatan dicampur dalam beras import
SHAH ALAM - Beras putih tempatan (BPT) yang disahkan dicampur dalam kampit beras import sebelum dijual di pasaran didakwa berlaku sejak puluhan tahun dahulu angkara kartel, namun tiada tindakan serius diambil sehinggalah hasil kajian didedahkan pada Rabu.
Pengerusi Pengilang Beras Melayu Malaysia, Mohamad Termizi Yob berkata, pengesahan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berkenaan bukan perkara yang mengejutkan kerana pihaknya sendiri telah memaklumkan perkara tersebut kepada kementerian berkaitan sejak sekian lama.