Ketelusan atau survival?
Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan 4 pegawai bekas PM ditahan
DI Nusantara ini siapa yang tidak berdosa? Ambang Ramadan 1446 Masihi, hari-hari akhir Syaaban menanti bulan paling barakah. Kenapa kita orang Asia Timur jauh ini masih berantakan dengan pendakwaan politik atau lebih dikenali dalam bahasa Inggeris — political prosecution?
Isnin lalu, koridor politik peringkat kayangan mahupun kedai kopi bergegar apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyebarkan kepada media bahawa mereka telah berjaya menyita ‘wang tunai RM100 juta’, disyaki ada kaitan dengan dana politik dalam serbuan ke atas pegawai kanan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.