JOMBANG,JAWA TIMUR – Obses untuk memiliki kulit putih mendorong sesetengah wanita menjalani rawatan kecantikan tanpa menghiraukan risiko yang terpaksa dihadapi.
Terbaharu, seorang wanita di Jombang dekat sini dilaporkan meninggal dunia selepas menerima suntikan pemutihan di sebuah salon kecantikan yang tidak berdaftar.
Menerusi video yang dikongsi suaminya yang dikenali Jay Kemruatak, keluarganya masih dalam kesedihan berkongsi pengalaman duka itu dan berharap kejadian ini dijadikan pengajaran kepada orang ramai.
Menurut lelaki tersebut, isterinya yang berada dalam keadaan sihat telah pergi ke salon kecantikan itu pada Sabtu lalu untuk mendapatkan rawatan suntikan pemutihan.
Namun, hanya dalam tempoh 48 jam selepas rawatan, tahap kesihatannya merosot begitu pantas
Tambahnya, keluarga pernah meminta pihak salon terbabit untuk bertanggungjawab, namun mereka didakwa bersikap lepas tangan dan menyalahkan mangsa.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam memilih rawatan kecantikan dan mendapatkan khidmat daripada klinik estetik berdaftar yang dikendalikan oleh doktor bertauliah.