Pemandu Audi TT 'hilang' selepas langgar empat kenderaan

Iklan
Kereta Audi TT terlibat dalam kemalangan di Jalan Serigala pada Selasa.

JOHOR BAHRU - Sebuah kereta mewah jenis Audi TT bertembung dengan sebuah Proton Persona sebelum melanggar tiga kenderaan lain di Jalan Serigala di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian kira-kira jam 7.15 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan serius.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati kereta Audi TT yang datang dari arah Jalan Dato Sulaiman bertembung dengan Proton Persona dari arah Jalan Harimau.

"Akibat perlanggaran itu, pemandu Audi TT dipercayai hilang kawalan lalu melanggar tiga kenderaan lain yang diparkir di bahu jalan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Raub memberitahu, polis sedang mengesan pemandu kereta mewah terbabit bagi membantu siasatan.

"Pemandu Audi TT juga didapati tiada di lokasi kejadian dan masih belum tampil membuat laporan kemalangan.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Kaedah 10 LN 166/59 iaitu gagal mengawal kenderaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Hasrin Abd Rahman di talian 019-7767756," ujarnya.