'ALLAH tidak janjikan kerjaya'
Iklan
Sedangkan, kerja boleh datang dan hilang, pangkat boleh naik dan turun tetapi rezeki itu sentiasa ada sebab telah ALLAH tetapkan. Gambar hiasan
SAYA terbaca posting yang melintas di media sosial saya. Kisah seorang wanita menjadi pemandu e-hailing sambilan. Ketika dia membawa dua pelanggan remaja, terdengar perbualan mereka yang mengatakan jadi pemandu e-hailing tiada masa depan.
Wanita itu mahu sahaja menyampuk mengatakan pandangan remaja itu tidak betul. Lagi pula, dia hanya pemandu sambilan yang sedang menyiapkan tesis doktor falsafah!