Hisyam Hamid terima penghargaan APMM

Iklan
Hisyam ketika menerima penghargaan daripada APMM. - Foto Instagram Hisyam Hamid

PELAKON Hisyam Hamid baru-baru ini menerima sijil penghargaan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Hisyam yang sebelum ini terlibat dalam drama bersiri TQ Captain arahan Jamal Khan memegang watak sebagai pegawai APMM iaitu Kapten Adam, bergandingan bersama Mawar Rashid.

Iklan
Iklan

"Setinggi-tinggi rasa hormat dan berterima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia atas penghargaan ini.

"Ia adalah satu kebanggaan buat saya. Setiap kali saya menyarung uniform ini, ia menjadi tanggungjawab personal saya untuk menjaga disiplin dan profesionalisme. Terima kasih atas kesempatan ini," kongsinya menerusi akaun Instagram miliknya.

Iklan
Iklan
Hisyam bersama sijil penghargaan yang diterima daripada APMM. - Foto Instagram Hisyam Hamid