Beberapa kawasan rendah di Kuala Krai mula dinaiki air

Iklan
Masjid Mukim Chenulang, Kuala Krai mulai dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan sejak Isnin. Foto tular

KUALA KRAI - Hujan lebat berterusan sejak Isnin menyebabkan beberapa kawasan rendah di sini mulai dinaiki air pada Selasa.

Timbalan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Krai, Leftenan (PA) Mohd Razman Ramli berkata, antara kampung yang dilimpahi air ialah Bedal, Sungai Pas dan beberapa kawasan rendah lain.

Iklan
Iklan

"Setakat ini keadaan terkawal, tiada sebarang proses pemindahan penduduk ke pusat pemindahan sementara (PPS) dijalankan.

Jambatan di Kuala Pertang, Kuala Krai ditenggelami air kerana kedudukannya rendah namun keadaan terkawal. Foto tular
Iklan

"Setiap kali hujan berterusan jambatan di Kuala Pertang akan ditenggelami air, namun keadaan terkawal. Hal ini kerana kedudukan jambatan itu rendah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Menurut beliau, penduduk di kawasan rendah dinasihatkan supaya bersiap sedia dan mengikuti arahan semasa pihak berkuasa berkait banjir.