19 kenderaan rosak dihempap pokok

Iklan
Keadaan kenderaan dihempap pokok di kawasan parkir flat blok G9, Seksyen 2, Wangsa Maju, pada Ahad. Foto ihsan APM

KUALA LUMPUR - Sebanyak sembilan kereta dan lapan motosikal rosak selepas dihempap pokok tumbang di kawasan parkir flat blok G9, Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, pada Ahad.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Lumpur, Mejar (PA) Ahmad Junaidi Dukut Soerharto berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu pada jam 11.43 malam.

Iklan
Iklan

"Susulan itu, anggota APM bergegas ke lokasi kejadian, sebaik tiba, kita terus melakukan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok tumbang yang menghempap kenderaan terbabit," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sebahagian kereta yang dihempap pokok di kawasan parkir flat blok G9, Seksyen 2, Wangsa Maju, pada Ahad. Foto ihsan APM.

Ahmad Junaidi berkata, operasi memotong dan mengalihkan pokok itu membabitkan seorang pegawai dan 10 anggota.

Iklan

"Seramai 17 pemilik kenderaan terbabit dalam kejadian itu iaitu sembilan kereta dan lapan motosikal," katanya.

Anggota APM sedang memotong pokok tumbang. Foto ihsan APM.

Dalam kes berasingan, Ahmad Junaidi berkata, pihaknya turut menerima panggilan berkaitan kes dua buah kereta dihempap pokok di Jalan Nipah, Off Jalan Ampang, pada jam 10.09 malam.

Iklan