Media dua dunia
Iklan
Liputan politik media Malaysia jauh lebih berhati-hati dan mengutamakan berita baik berbanding kritikan tentang kerajaan memerintah.
KEBERADAAN kebanyakan Perdana Menteri United Kingdom (UK) di 10 Downing Street tidak berakhir dengan wajah manis. Kepercayaan rakyat terhadap Boris Johnson misalnya, teruk terhakis akibat skandal ‘Partygate’.
Saat rakyat diarahkan berkurung, beliau dan rakan-rakan Parti Konservatif berseronok ‘kenduri’. Kemarahan rakyat akhirnya membuatkan beliau meletak jawatan. Liz Truss yang menggantikannya hanya sempat bertahan 44 hari sebagai Perdana Menteri.