Karnival Jerami Kedah

Iklan
Walaupun hujan dan berselut, Karnival Jerami Kedah tetap menerima kunjungan ramai pada hari kedua karnival yang berlangsung di Kampung Teroi, dekat Guar Cempedak selama tiga hari dan berakhir hari ini.

Keunikan hasil seni kreatif pereka-pereka jerami menarik minat pengunjung selepas ia tular di media sosial.

Terdapat pelbagai jenis replika unik yang direka oleh 12 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK). Antara yang menjadi tumpuan seperti replika burung hantu, lembu, ular, kincir angin dan istana.