Bersara awal jejaskan sistem kesihatan Malaysia

Iklan
Kerajaan perlu mencari formula terbaik agar negara tidak berdepan masalah kekurangan tenaga kerja mahir dalam sektor kesihatan. (Foto hiasan) Gambar kecil: Tengku Asmadi

SHAH ALAM - Kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini akan merosot sekiranya ramai jururawat mengambil keputusan untuk bersara awal.

Pakar perunding motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad berkata, situasi tersebut merugikan bukan sahaja negara, malah rakyat Malaysia secara amnya.

Iklan
Iklan

Justeru, beliau berkata, kerajaan perlu mencari formula terbaik agar negara tidak berdepan masalah kekurangan tenaga kerja mahir dalam sektor kesihatan.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu menyediakan sistem sokongan bagi membolehkan jururawat saling mendengar rintihan, meluahkan perasaan, pandangan dan memberi bantuan sesama sendiri.

Iklan

"KKM dan majikan wajar melakukan kaji selidik secara berkala bagi mengukur tahap kesihatan mental dan tekanan dihadapi petugas kesihatan termasuk jururawat di seluruh negara.

"Majikan juga perlu menyediakan akses mudah kepada kaunselor serta sistem mentor dan menti terutamanya untuk jururawat yang baru bekerja,” katanya kepada Sinar Ahad.

Iklan

Sementara itu, Tengku Asmadi berkata, Malaysia boleh mencontohi negara maju seperti United Kingdom yang menerapkan polisi Safe Staffing Level bagi memastikan nisbah jururawat kepada pesakit mencukupi, sekali gus mengurangkan bebanan kerja.

Malah Australia juga mempunyai Strategi Kesihatan Mental dan Kesejahteraan yang menyediakan kaunseling percuma, latihan kesihatan mental dan waktu kerja lebih anjal kepada jururawat.