Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Iklan
Miki (tengah) menentang Said El Matador yang 10 tahun lebih tua.
PETARUNG muda dari kelab Rentap Muaythai, Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar, 15, mencipta sensasi apabila menumbangkan lawan lebih berusia dan berpengalaman di Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 sebentar tadi.
Adik kepada petarung ONE Championship, Mohammad Johan Ghazali menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.
Iklan
Iklan
Miki (tengah) melepaskan kombo dalam usaha menumbangkan Said di pusingan kedua.
Pemenang pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 itu tidak menunjukkan sebarang rasa gentar apabila melepaskan beberapa tumbukan kombo yang sukar dijawab Said di pusingan pertama.
Iklan
Di Pusingan kedua, Miki tampil lebih agresif apabila terus mengasak Said yang sekadar melakukan counter attack.
Memasuki pusingan ketiga, Miki memperlahankan rentak dan situasi itu cuba digunakan Said apabila turut melepaskan beberapa kombinasi namun gagal menumbangkan petarung muda negara itu.
Iklan
Miki (kiri) tidak menunjukkan rasa gentar berdepan Said yang berusia 25 tahun.
Pemenang ditentukan menerusi kiraan mata dan venue kejohanan Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur gegak-gempita sebaik Miki diumumkan sebagai pemenang.
Selaku pemenang, Miki meraih tali pinggang Wilayah Pahlawan yang ditaja Tourism Malaysia.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>