Wan Ahmad Fayhsal tewas pemilihan Ketua Bahagian Bersatu Machang
Iklan
Wan Ahmad Fayhsal.
MACHANG - Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menerima tamparan hebat apabila tewas dalam pemilihan bagi merebut jawatan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Machang pada Sabtu.
Pada pemilihan itu, beliau yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) tewas kepada penyandang jawatan itu Kamaruddin Ab Kadir atau lebih dikenali sebagai Cikgu Din.
Iklan
Iklan
Cikgu Din memperoleh sebanyak 103 undi manakala Wan Ahmad Fayhsal hanya menerima 26 undi.
Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Iklan
Iklan
"Pemilihan bahagian ini berlangsung di luar musim. Ini kerana Machang tidak mengadakan mesyuarat selepas berdepan dengan penggantungan kerana ada beberapa perkara yang tidak menepati syarat," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>