BUTTERWORTH - Bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam, di sini pada pagi Sabtu berpunca dari simulasi pengeboman yang dilakukan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, semakan dengan pihak TUDM mendapati mereka menjalankan latihan Force Down melibatkan sebuah pesawat SU-30 MKM, F/A-18D Hornet dan C130H.
Iklan
Iklan
"Latihan ini melibatkan 'air to ground' iaitu simulasi pengeboman ke kawasan musuh dan latihan ini dijalankan di dalam kawasan TUDM," katanya menerusi kenyataan di sini pada Sabtu.
Sehubungan itu, Anuar berkata, orang ramai diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga mencetuskan kegusaran awam.
Terdahulu tular di media sosial mengenai bunyi letupan kuat dan gegaran yang berlaku di sekitar kawasan Bagan Ajam yang berlaku pada pagi Sabtu.