Kes lama rupanya...
Iklan
Polis sahkan video memaparkan perbuatan khianat seorang penunggang motosikal yang memecahkan cermin depan sebuah kereta adalah kes lama.
GEORGE TOWN - Polis mengesahkan video memaparkan perbuatan khianat seorang penunggang motosikal yang memecahkan cermin depan sebuah kereta adalah kes lama.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian itu berlaku pada 22 Disember 2024 kira-kira jam 8.15 malam, berhampiran Sekolah Menengah Han Chiang di sini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, seorang wanita tempatan berusia 27 tahun telah membuat laporan polis pada hari kejadian sekitar jam 9.24 malam.
"Dipercayai suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati kepada pengadu disebabkan kemalangan jalan raya.
Iklan
"Tindakan pantas siasatan yang dijalankan berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun dan topi keledar yang digunakan dalam kejadian turut dirampas," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Abdul Rozak berkata, suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret George Town pada 30 Disember 2024 dan didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
Iklan
Dalam pada itu, Abdul Rozak menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video kejadian yang tular bagi mengelakkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
"Polis juga ingin mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa bersikap berhemah ketika memandu dan tidak bertindak mengikut emosi sehingga mengambil tindakan sendiri dalam sebarang situasi," katanya.
Terdahulu tular video berdurasi 44 saat yang memaparkan tindakan seorang penunggang motosikal yang membuli seorang pemandu kereta.
Dalam video terbabit, penunggang lelaki itu dilihat beberapa kali sengaja memperlahankan motosikalnya dan berhenti mengejut sehingga menyebabkan dia dilanggar.
Kerana tidak berpuas hati dengan kejadian itu, dia bertindak turun dari motosikal dan memecahkan cermin depan kereta berkenaan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Peletakan jawatan saya berkuat kuasa serta-merta sejurus Najib jejak ke rumahnya' - Anthony Loke"><meta itemprop="description" content="Anthony Loke menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjejak kaki ke kediamannya.
Menurutnya, pendiriannya untuk meletakkan jawatan tidak berubah meskipun pembayaran denda RM50 juta oleh bekas Perdana Menteri itu telah diselesaikan di Mahkamah Tinggi pada pagi Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803561/berita/semasa/peletakan-jawatan-saya-berkuat-kuasa-serta-merta-sejurus-najib-jejak-ke-rumahnya---anthony-loke
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #NajibRazak #AnthonyLoke #letakjawatan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-06T10:01:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P87S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbu6th6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbu6th6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbu6th6"></script>