Pertandingan Wau Bebas

Iklan
Lebih 700 peserta memeriahkan 'Pertandingan Wau Bebas' pada Festival Seni dan Budaya dan Cabaran Wau/Layang-Layang Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Kampung Benua dekat Simpang Empat di sini.

Festival diadakan untuk menggalakkan penggiat wau di Kedah bersama menghidupkan kembali Wau Kedah. Pemenang dikira mengikut bacaan pacang meter wau, mengikut ketinggian wau tersebut naik.

Timbalan yang Dipertua Majlis Kebudayaan Kedah Osman@Saidin Jamal berkata festival berkenaan dapat mengukuhkan hubungan sesama kaum.

Festival selama dua hari itu berjaya mengumpulkan penggiat wau dari seluruh Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang.