Jejantas Tun Teja

Iklan
Keindahan lampu warna-warni yang terdapat pada Jejantas Tun Teja memukau orang ramai yang menyaksikannya pada majlis perasmian jejantas tersebut, Jumaat.

Jejantas Tun Teja menjadi salah satu lagi ikonik kebangaan negeri ini.

Jejantas sepanjang 1.5 km manakala gerbang utama 300 meter itu dihiasi lebih 4,000 lampu led dan enam kiosk disediakan bagi memberi ruang kepada peniaga tempatan.

Jejantas yang direka dengan mengambil inspirasi rekaan warisan seni bina Istana Melaka itu dahulunya dikenali sebagai jejantas Melaka Sentral.